Ybhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan
JEMPUTAN KE SEMINAR PERKONGSIAN HASIL PENYELIDIKAN DAN POTENSI
PERNIAGAAN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa
Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan mengadakan Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan dan Potensi
Perniagaan 2012 yang akan diadakan pada 17 dan 18 Disember 2012 bertempat di Hotel
New York, Johor Bahru.
3. Objektif program ini adalah untuk berkongsi hasil
penyelidikan dan kisah kejayaan koperasi dalam dan luar negara bagi memberi
panduan amalan terbaik dan idea baru yang memanfaatkan gerakan koperasi di
Malaysia. Selain itu, para peserta diberi pendedahan berkaitan potensi industri
ternakan dan pertanian yang mampu menjana pendapatan kepada gerakan koperasi. Program
ini turut mengundang wakil daripada beberapa agensi yang berkaitan, Anggota
Lembaga Koperasi (ALK), pengurus, tenaga kerja kanan koperasi serta pegawai latihan
MKM.
4. Sehubungan itu, MKM berbesar
hati menjemput tiga(3) orang wakil daripada koperasi Ybhg Tan Sri/Datuk
Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan untuk menghadiri program ini. Untuk melancarkan pengurusan program ini, mohon
Ybhg Tan Sri/Datuk
Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan mengesahkan kehadiran sebelum atau pada 7 Disember 2012 (Jumaat) kepada
Cik Hanani Abdul Rashid atau Cik Munirah Ab Hamid melalui e-mel hanani@mkm.edu.my
/ munirah@mkm.edu.my atau melalui 07-2262119 / 120. Bersama-sama surat ini disertakan borang
pengesahan kehadiran dan brosur seminar ini untuk makluman Ybhg Tan Sri/Datuk
Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan.
.
Kerjasama Ybhg
Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan bagi menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima
kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ MENERAJUI KECEMERLANGAN LATIHAN DAN
PENDIDIKAN KOPERASI”
Yang Menjalankan Tugas,
Adila Hashim,
Pensyarah
Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Selatan
H/P: 012-2243816
Tel: 07-2262119 Fax: 07-2262125
No comments:
Post a Comment