Tuesday, December 4, 2012

Demonstrasi produk Magnetic Aura bersama Timbalan KPN di Holiday Villa Subang Jaya 26hb April 2012


RTC MINI KARNIVAL DI PARUJAS, MELAKA

Promosi jualan Magnetic Aura



Monday, December 3, 2012


Ybhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan
JEMPUTAN KE SEMINAR PERKONGSIAN HASIL PENYELIDIKAN DAN POTENSI PERNIAGAAN 2012

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Maktab Koperasi Malaysia (MKM) akan mengadakan Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan dan Potensi Perniagaan 2012 yang akan diadakan pada 17 dan 18 Disember 2012 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru.
 
3.         Objektif program ini adalah untuk berkongsi hasil penyelidikan dan kisah kejayaan koperasi dalam dan luar negara bagi memberi panduan amalan terbaik dan idea baru yang memanfaatkan gerakan koperasi di Malaysia. Selain itu, para peserta diberi pendedahan berkaitan potensi industri ternakan dan pertanian yang mampu menjana pendapatan kepada gerakan koperasi. Program ini turut mengundang wakil daripada beberapa agensi yang berkaitan, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pengurus, tenaga kerja kanan koperasi serta pegawai latihan MKM.
 
4.         Sehubungan itu, MKM berbesar hati menjemput tiga(3) orang wakil daripada koperasi Ybhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan untuk menghadiri program ini. Untuk melancarkan pengurusan program ini, mohon Ybhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan mengesahkan kehadiran sebelum atau pada 7 Disember 2012 (Jumaat) kepada Cik Hanani Abdul Rashid atau Cik Munirah Ab Hamid melalui e-mel hanani@mkm.edu.my / munirah@mkm.edu.my atau melalui 07-2262119 / 120.  Bersama-sama surat ini disertakan borang pengesahan kehadiran dan brosur seminar ini untuk makluman Ybhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan.
.
Kerjasama Ybhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan bagi menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
 “ MENERAJUI KECEMERLANGAN LATIHAN DAN PENDIDIKAN KOPERASI”
Yang Menjalankan Tugas,
Adila Hashim,
Pensyarah
Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Selatan
H/P: 012-2243816
Tel: 07-2262119 Fax: 07-2262125

Kursus Pengurusan Blog


Johor Bahru 6hb Dis 2012 - Kursus Asas Membangunkan Blog  CST 419 anjuran Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan telah di adakan dan dihadiri oleh seramai 29 orng peserta dari seluruh Johor, Melaka dan Terengganu.

Peserta kursus terdiri dari ALK dan ahli koperasi yang berdaftar dari pelbagai peringkat umur. Penceramah kursus ia lah Cik Munirah Ab Hamid dan Cik Malesa Shela Ta'yib. Kursus ini telah berjalan selama 3 hari di Ibu Pejabat MKM di Jln Dhoby dan penginapan untuk peserta di sediakan di Hotl Tropical Inn JB.

Antara tajuk yang di persembahkan ia lah Pengenalan kepada Blog, Mengurus Akaun dan Penampilan Blog. Tiap peserta di beri 'Hands-On Training' dengan menggunakan computer bagi setiap peserta. Peserta juga di dedahkan cara cara pendaftaran dan penyediaan blog serta bagaimana membuat 'posting'.

Kursus ini amat berguna bagi ALK Koperasi kerana ia nya boleh membantu Koperasi memaparkan aktibiti dan kemajuan Koperasi kepada umum.